Sunday, September 27, 2009

MENGANJAK SIKAP DI JALANRAYA



Kemalangan jalanraya sering di kaitkan dengan musim perayaan. Statistik yang di rekodkan menunjukan peningkat setiap tahun. Pelbagai kempen dan usaha dijalankan oleh pihak yang bertanggujawab untuk mengurangkan jumlah kemalangan dari terus meningkat. Namun kelihatanya usaha-usaha yang dijalankan tidak menampakan kesan yang  pengurangan. Tak kiralah apa pun sebab peningkatan tersebut samada kerana jumlah kenderaan di jalan raya yang semakin bertambah , faktor geografi  atau faktor manusia itu sendiri, sesuatu perlu difikirkan bersama.
semua orang rasanya bersetuju bahawa faktor sikap menjadi sebab utama kemalangan di jalanraya. Kerana itu pihak brwajib menjalankan 'ops sikap' setiap kali musim perayaan. Namun kemalangan masih terus meningkat dari tahun ke setahun. Bererti pihak berwajib sebenarnya gagal melakukan perubahan sikap dikalangan pemandu kenderaan walaupun pelbagai operasi sikap dan kempen keselamatan jalanraya di jalankan.
berjuta-juta saman dikeluarkan, operasi menangkap dan menghukum pesalah trafik seolah-olah tidak menakutkan pemandu kenderaan di malaysia. Ia memberi gambaran kepada kita kaedah yang diguna pakai sehingga hari ini tidak berkesan untuk merubah sikap pmandu kenderaan di malaysia.

Saya tertarik dengan satu kaedah yang di gunakan oleh seorang penulis buku motivasi. Bagaimana dia merubah sikap anaknya yang malas belajar, lemah dan tidak mahu berubah biar pun pelbagai usaha di cuba olehnya. Antara pandangannya yang menarik ialah untuk merubah sikap seseorang, persepsi kita terhadapnya dahulu perlu berubah. Maksudnya jika selama ini, persepsi kita terhadap pemandu di Malaysia ialah tidak berhemah, melanggar peraturan dan lain-lain persepsi negetif. Lalu kita menyediakan rawatan yang menjurus kepada persepsi kita.
Mungkin kempen-kempen keselamatan di jalan raya perlu di buat perubahan. Kita buang dulu persepsi negetif terhadap pemandu-pemandu di Malaysia. Segala usaha yang ingin di laksanakan mestilah berteraskan bahawa pemandu malaysia merupakan pemandu yang berhemah, sangat baik,bertimbang rasa dan sangat bersopan santun...dan kita doakan berlaku perubahan drastik. Seperti kata pakar motivasi tersohor..antara usaha bagi mengatasi anak yang degil setelah habis iktiar dilakukkan ialah dengan menbisikkan kata-kata yang baik semasa anak sedang tidur lena..kita fikirkan dan usahakan bersama.

1 comment:

  1. Rakyat Malaysia transform menjadi ganas bila memegang stereng kereta...

    ReplyDelete