Tuesday, September 22, 2009

Kebebasan bersuara dan Pengurusan organisasi dalam MIC



Salam Aidifitri dan salam sejahtera


Semasa Persidangan MIC baru-baru ini perwakilan MIC mencadangkan supaya gambar Mantan Perdana menteri Malaysia di kalungkan dengan selipar. Ianya menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat. Persoalang mengapa ia harus menjadi isu ? Mungkin kerana yang nak di kalungkan selipar itu ialah bekas Perdana Menteri yang sangat disanjung dan sangat berjasa kepada Negara, ianya memang diakui namun apakah status itu menyebabkan beliau sangat kebal dan langsung tidak boleh di usik ? Mari kita memperkata isu ini secara profesional, tinggalkan dahulu soal ideologi politik dan sentimen perkauman. Kita bincangkan dari perspektif yang lebih neutral. Mantan Perdana Menteri sebagaimana yang diketahui umum seorang yang sangat tegas dan beliau sendiri mengakui besedia mengambil tindakan yang tidak popular demi mempertahankan pandangan beliau. Kerana itulah sebelum menjadi perdana menteri beliau seorang yang lantang bersuara dan bersedia menerima hukuman diatas kelantangan beliau.



Secara logiknya bukan Tun Dr Mahathir sahaja yang mempunyai sikap, pendirian dan cara berfikir begitu. Mungkin perwakilan MIC yang melahirkan usul tersebut pun mempunyai pemikiran yang sama seperti Tun, terlalu cintakan organisasi, ingin membawa perubahan dan bersedia menongkah arus. Sebenarnya ramai lagi individu yang punya sikap dan cara berfikir yang sama dengan Tun dan apakah mereka semua dinafikan hak untuk menyatakan pandangan mereka.



Saya sangat tidak pasti Pengurusan organisasi dalam MIC. Isu yang dicadangkan sebagai usul adalah untuk diperdebatkan bagi menimbang baik buruknya usul tersebut. Sebelum usul diterima oleh semua ianya memerlukan pandangan dan persetujuan secara kolektif bagi sesebuah organisasi. Usul hanya tinggal usul dan tidak bererti apa-apa sekiranya ianya tidak di terima oleh majoriti perwakilan. Segala perbincangan dalam mesyuarat agung juga sepatutnya adalah rahsia organisasi tersebut, ianya tak sepatutnya didedahkan untuk pengetahuan umum. Biasanya hanya ahli yang tertentu dalam organisasi tersebut sahaja yang dibenarkan berada dalam dewan mesyuarat.



Saya tidak bermaksud menyokong perwakilan MIC yang mengutarakan usul tersebut. Sekadar satu lontaran pandangan untuk kita sama-sama berfikir dari perspektif yang pelbagai.



1 comment:

  1. Pada pandangan saya isu tersebut menjatuhkan imej Tun dan membuatkan kita orang melayu akan memberontak dan bergaduh sesama kaum.Mungkin kaun kaum di malaysia tidak tahu bahawa asal malaysia dari melayu. MALAY untuk Melayu, S(c) untuk Cina, I untuk India dan A untuk Lain2.
    mereka sudah lupa sehingga sanggup berbuat demikian kepada pemimpin kita. Hak bersuara pula dikalangan rakyat dan pemimpin juga dihadkan. Jangan sampai kaum melayu ditindas oleh kaum lain. Walaupun adanya Gagasan 1 Malaysia adalah untuk perpaduan antara kaum dan bukan untuk menindas kaum lain.

    ReplyDelete